'TO BE THE LEADING SECURITY SERVICE PROVIDER'

CERTIFIED : ISO 9001:2008



INTRODUCTION



Wira Security in a wholly owned subsidiary of MAA Corporation Sdn Bhd which is in turn a wholly owned subsidiary of MAA Holdings Berhad. MAA Holdings Berhad is a leading financial services group in insurance,unit trust, property management, corporate advisory and trust services.



HISTORY



Wira was founded in 1980 and have shown phenomenal growth over the past 24 years, though healthy organic growth. Today Wira is a Malaysian Leader in Security Industry with operations in over 15 locations nationwide and more than 1,500 employees.Since 1980, the Company has become a sound and successful business with a leading position in the Security Industry market. Electronic Guarding Services and Alarm Systems were added in 1998 through the acquisition of the Wira Alarms System Sdn. Bhd. Since then, both static guard and Security System Business growth gradually and Wira in the midst of achieving our business objective.



OTHER SERVICES



1. Bodyguard Services

2. Industrial Investigations

3. Specialised Surveillance Operation

4. Mobile Patrol

5. Guard Tour and Clocking

6. Access Control System

7. Private Investigations

8. Safe Deposit Box





Wednesday, January 26, 2011

Gaji Pokok Pengawal Keselamatan - PPKKM


Gaji pokok pengawal keselamatan
Berikut keputusan terbaru yang diberitahu kepada semua pengusaha kawalan keselamatan semasa mesyuarat PPKKM baru-baru ini.
KAMI pengusaha syarikat kawalan keselamatan ingin menyatakan rasa tidak puas hati kepada Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kerana melepaskan tanggungjawab memperbetulkan kenyataan Kementerian Sumber Manusia berhubung gaji pokok pengawal keselamatan yang dibuat pada April 2010.
Presiden PPKKM, Datuk Shaheen Mirza Habib sepatutnya membuat kenyataan umum bagi pihak semua pengusaha yang bernaung di bawahnya tentang gaji pokok sebenar yang telah diputuskan oleh makmal (Lab) membincangkan penentuan gaji pokok pengawal keselamatan di bawah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sebagai maklumat latar, pada April 2010, Kementerian Sumber Manusia mengumumkan gaji pokok pengawal keselamatan ialah RM700 iaitu kenaikan 60 hingga 70 peratus berbanding amalan biasa. Namun, setelah Makmal KDN bermesyuarat pada 24 hingga 26 Disember 2010, kerajaan membuat keputusan gaji pokok bukan RM700, tetapi RM500 sahaja, bergantung kepada zon tertentu.
Kami bersyukur dengan keputusan itu, tetapi dalam kalangan pengawal keselamatan, mereka tetap berpegang kepada pengumuman awal iaitu gaji pokok mereka ialah RM700.
Ada yang berangan-angan jumlah pendapatan mereka boleh mencecah RM1,500 sehingga RM1,700 sebulan jika dicampur dengan pelbagai insentif termasuk COLA dan kerja lebih masa.
Kami kesal kerana semasa Mesyuarat PPKKM 13 Januari 2011 baru-baru ini, Datuk Shaheen Mirza mahu setiap pengusaha menjelaskan sendiri perubahan gaji pokok pengawal keselamatan. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada kami kerana kami berpendirian, sebagai ketua, beliau perlu memanggil semua media tempatan dan membuat pengumuman secara rasmi berhubung perubahan semula gaji itu. Ketua perlu berani, telus dan bertanggungjawab.
Hal ini sangat penting supaya semua pengawal keselamatan dapat memahami apa yang berlaku dan menerimanya sebagai pengumuman yang rasmi. Bisnes yang kami ceburi ini sangat bergantung kepada manusia yang pelbagai latar belakang, ragam, emosi dan pendapatan kerjaya mereka.
Tersilap sedikit sehingga mengganggu kepentingan periuk nasi mereka, sudah pasti perniagaan akan terjejas secara keseluruhannya.
PPKKM mewakili 450 syarikat kawalan keselamatan, yang menggaji 150,000 pengawal di seluruh negara. Hampir 95 peratus pengusaha adalah daripada kalangan bumiputera dan kebanyakannya terdiri daripada bekas tentera dan polis.
ATAN NEK

No comments:

Post a Comment

Anda adalah dialu-alukan untuk memberi pandangan, komen dan cadangan-cadangan yang positif dan membina untuk menjadi pemacu kepada industri Kawalan Keselamatan kepada Industri yang lebih berkualiti setanding dengan permintaan semasa

Gaji pengawal: Harga tawaran kontrak perlu dinaikkan

ARKIB : 04/05/2010 (Utusan Online)

KUALA LUMPUR 3 Mei - Harga tawaran kontrak kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan perlu dinaikkan antara 67 hingga 75 peratus jika kerajaan tetap menguatkuasakan kenaikan gaji minimum pengawal keselamatan Julai ini.

Pengerusi Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, langkah itu perlu bagi menampung bayaran gaji yang tinggi terhadap lebih 150,000 pengawal keselamatan yang berdaftar di bawah 500 syarikat keselamatan.

"Jika tidak, saya khuatir 50 peratus daripada 500 syarikat kawalan keselamatan akan gulung tikar sekiranya harga kontrak masih di tahap yang sama.

"Pihak kami adalah syarikat swasta dan pendapatan serta keuntungan hanya bergantung kepada kontrak yang ditawarkan oleh mana-mana agensi yang memerlukan perkhidmatan kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan sama ada mengekal atau menangguhkan kadar kenaikan gaji baru pengawal keselamatan yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Julai ini akan diputuskan minggu depan.

Beliau berkata, keputusan itu akan diambil selepas kementerian menimbangkan permintaan PPKKM yang mahu berunding terlebih dahulu dengan pelanggan mereka.

Sementara itu Shaheen berkata, kemungkinan 50,000 hingga 60,000 pengawal keselamatan yang rata-ratanya penduduk tempatan akan kehilangan pekerjaan sekiranya permintaan pihaknya tidak diluluskan kementerian.

Beliau berkata, dalam hal ini pihak persatuan memang menyambut baik cadangan kerajaan menaikkan gaji pengawal keselamatan dalam usaha mewujudkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

"Kira-kira 50 peratus pelanggan kami adalah sektor awam dan sehingga hari ini kerajaan masih tidak mengumumkan penambahan bajet bagi menampung kos operasi kawalan keselamatan.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian, sektor swasta juga tidak akan melakukannya. Jadi mustahil bagi syarikat kawalan keselamatan untuk bertahan sementara menunggu pelanggan mereka bersedia menaikkan bajet masing-masing," jelasnya.

Beliau berkata, PPKKM menjangkakan situasi semakin buruk jika sektor swasta beralih semula kepada sistem 'jaga' yang kos gajinya jauh lebih murah kerana melibatkan pekerja asing.

"Sistem jaga tidak terlibat dalam proses kenaikan gaji ini dan tiada akta yang melarang sektor swasta untuk menggunakan sistem ini untuk menggantikan perkhidmatan kawalan keselamatan.

"Jika perkara ini tidak dikaji semula, tidak mustahil selepas ini pekerja asing akan mengambil alih kawalan keselamatan dan masalah lambakan pekerja asing menjadi semakin parah," tegasnya.

Menurutnya, tarikh 1 Januari 2011 yang dipilih persatuan untuk memulakan proses kenaikan gaji pengawal keselamatan merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

"Proses rundingan semula dengan pelanggan terutamanya sektor swasta bagi menentukan kadar baru memerlukan tempoh sehingga enam bulan untuk diselesaikan," katanya.

Add to  Google

Keputusan tangguh atau kekal gaji baru pengawal diketahui 1 Julai

ARKIB : 03/05/2010 (Utusan Online)

KUALA LUMPUR 2 Mei - Keputusan sama ada mengekal atau menangguhkan kadar kenaikan gaji baru pengawal keselamatan yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Julai ini akan diputuskan oleh Kementerian Sumber Manusia, minggu depan.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu akan diambil selepas kementerian menimbangkan permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang mahu berunding terlebih dahulu dengan pelanggan mereka.

Beliau berkata, kementeriannya akan meneliti semua perkara secara terperinci sebelum membuat apa-apa kenyataan terhadap cadangan penangguhan yang diutarakan oleh PPKKM itu.

"Persatuan itu juga sudah menghantar memorandum bantahan berhubung kenaikan gaji pengawal keselamatan pada 1 Julai ini.

"Kita akan kaji memorandum itu. Keputusan sama ada untuk mengekalkan atau menangguhkan kenaikan gaji pengawal keselamatan hanya akan diketahui minggu depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kalvi Viratham 2010 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Seri Murugan (SMC) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.

Kalvi Viratham bertujuan memberikan pendidikan dan amalan keagamaan yang seimbang terutamanya kepada generasi muda masyarakat India dalam membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Dalam pada itu, Subramaniam berharap agar para majikan mengambil inisiatif sendiri dengan menaikkan gaji pekerja mereka secara sukarela berdasarkan kelayakan dan pengalaman kerja.

Katanya, ia disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini.

"Gaji purata bagi pekerja di negara ini termasuk pengawal keselamatan masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

"Sehubungan itu, mereka (majikan) tidak perlu menunggu arahan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan untuk melaksanakannya (kenaikan gaji)," katanya.

Lebih Panas tentang gaji pengawal keselamatan

BERITA UTAMA UTUSAN MALAYSIA


ARKIB : 28/04/2010

Gaji pengawal tetap naik

Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan mohd. saiful mohd. sahak
pengarang@utusan.co.my

MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.

"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Dialog Antara Budaya di sini malam tadi.

Persidangan antarabangsa anjuran Yayasan Belia Sedunia (WYF) itu berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Menteri yang juga Pengerusi WYF, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.

Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400 sebulan.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

“Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

“Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja,” katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

“Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

“Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan,” katanya.

Add to  Google http://s9.addthis.com/button1-share.gif

http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/main_story_gradient_bottom.jpg

CERITA BURUK DAN BAIK PENGAWAL KESELAMATAN

Jaga sekolah cabul murid dipenjara empat tahun

ARKIB : 01/05/2010 (Utusan Online)


KUALA LUMPUR 30 April - Baru sehari bertugas menggantikan rakannya, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah sudah berkelakuan keji dengan mencabul seorang murid perempuan tahun satu di sekolah tersebut.

Tindakan tidak bermoral lelaki berusia 64 tahun itu menyebabkannya dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini.

Majistret Rini Triany Muhammad Ali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas R. Perumal selepas lelaki itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Beliau yang menyifatkan perbuatan tertuduh tidak boleh dimaafkan turut berharap hukuman itu boleh menginsafkan tertuduh serta memberi pengajaran kepada masyarakat umum.

Bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun terlepas hukuman sebat yang diperuntukkan bagi kesalahan itu memandangkan usianya yang sudah lanjut.

Perumal mengaku menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di tandas perempuan sebuah sekolah rendah kebangsaan di Batu Arang di sini antara pukul 5 dan 5.15 petang, 21 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah dan dibantu pegawai pendakwa, Asisten Supritendan Koh Teck Chew.

Terdahulu, Rohaiza memohon agar hukuman berat dikenakan atas alasan kesalahan serius yang dilakukan oleh tertuduh yang sepatutnya dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan murid-murid di situ.

Teck Chew pula memohon mahkamah mengambil kira stigma dan trauma yang ditanggung oleh mangsa berdasarkan cara kesalahan itu dilakukan.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara dengan alasan dia berpenyakit kencing manis, darah tinggi dan sebelah kakinya sering sakit.

Menurut fakta kes, mangsa telah ke tandas untuk membuang air kecil dan secara kebetulan telah bertemu dengan tertuduh.

Kejadian cabul itu diceritakan mangsa kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis pada malam hari kejadian. Tertuduh berjaya ditangkap tiga hari kemudiannya.

Tiga pengawal terbabit dalam kejadian pukul ditukar ke unit lain

ARKIB : 04/05/2010 (Utusan Online)

KUANTAN 3 Mei - Tiga pengawal daripada sebuah syarikat keselamatan yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang didakwa terlibat dalam pergaduhan dengan seorang bekas tentera di lobi hospital itu Jumaat lalu, telah dipindahkan ke unit lain berkuat kuasa Sabtu lalu.

Pengurus Operasi Wilayah Timur Amor Protection and Investigation Services (M) Sdn. Bhd. (API), Che Jauhari Che Ahmad berkata, ketiga-tiga pengawal terbabit yang telah diberi surat tunjuk sebab, dipindahkan ke unit yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan orang ramai.

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan insiden serupa tidak berulang selain untuk menjaga imej syarikat serta HTAA yang sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, kes tersebut adalah kali ketiga sejak syarikat berkenaan diberi tanggungjawab menjaga keselamatan dan menguatkuasakan peraturan di HTAA sejak Januari tahun lalu.

"Insiden ini adalah terpencil tetapi saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Sepatutnya ia tidak terjadi dan mungkin disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh kedua-dua pihak iaitu pengawal keselamatan dan pelawat," katanya kepada pemberita di HTAA di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah HTAA, Datin Dr. Marlia Mohamed Salleh, Timbalan Pengarah Perubatan, Dr. Ahamad Shukri Che Hussin dan Timbalan Pengarah Pengurusan, Kamarudin Jusoh.

Semalam, seorang bekas tentera, Madzlan Omar, 44, mendakwa mengalami lebam di muka dan pendarahan pada hidung akibat dipukul oleh empat pengawal keselamatan di hospital itu Jumaat lalu.

Lelaki itu mendakwa, kejadian berlaku antara pukul 11.25 pagi hingga 12 tengah hari di hadapan lif bangunan hospital ketika hendak bertukar syif dengan anak lelakinya bagi menjaga isterinya yang dirawat di wad HTAA.

Mengulas lanjut insiden itu, Che Jauhari berkata, pihaknya telah mengambil pendekatan proaktif termasuk bertemu dengan mangsa dan keluarganya untuk menangani masalah tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menyangka insiden itu yang dianggap selesai selepas kedua-dua pihak telah bermaaf-maafan, menjadi sebaliknya apabila ia diperbesarkan kepada pihak media.

Beliau mendakwa, apa yang berlaku mungkin disebabkan salah faham apabila mangsa dikatakan tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh pihak hospital yang hanya membenarkan pelawat yang ada pas sahaja memasuki wad di luar waktu lawatan.

"Tetapi kalau pelawat ikut peraturan dan saluran yang disediakan HTAA, perkara seumpama ini tidak akan berlaku.

''Bagaimanapun, saya berjanji untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya yang turut meminta maaf kepada HTAA di atas insiden tersebut.

Ditanya mengenai hasrat mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang, beliau berkata, pihak syarikat tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu kehendak mangsa.

Che Jauhari berkata, syarikat itu mempunyai 98 anggota keselamatan yang bertugas secara syif di HTAA dengan 32 orang setiap syif.

Selain HTAA katanya, syarikat itu turut memberikan perkhidmatan menjaga keselamatan di 15 hospital lain di seluruh negara termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tengku Najihah dan Hospital Tengku Badariah.

"Banyak terjadi kes pelawat agresif dan anggota kena pukul, terajang dan sebagainya tetapi kita tidak laporkan kerana hendak menjaga imej hospital dan sebagainya. Mereka hanya mempertahankan diri. Jika betul-betul mereka buat (pukul mangsa), mungkin lebih teruk," katanya.

Beliau memberitahu, pihak syarikat akan membuat satu formula baru untuk meningkatkan perkhidmatan kawalan keselamatan selain memberikan latihan termasuk kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Sementara itu, Dr. Marlia berkata, pihak syarikat sewajarnya meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan kakitangannya bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Katanya, langkah itu selaras dengan hasrat HTAA yang dalam proses meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan menerusi program kecemerlangan perkhidmatan.

Beliau bagaimanapun memberitahu, setakat ini perkhidmatan yang disediakan oleh API semakin meningkat, malah HTAA juga memberikan anugerah kepada seorang pengawal keselamatan yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

"Pemberian anugerah ini tidak pernah berlaku dan ia diberikan sebagai tanda pengiktirafan pengawal keselamatan terbabit yang sangat berdedikasi semasa menjalankan tugas," katanya.